Makluman

Salam,

Qurandiminda merupakan laman untuk dikongsi bersama di antara mereka yang berminat dalam memahami Quran sebagaimana ia sepatutnya difahami. Bagi mencapai matlamat ini maka marilah kita sama-sama berlapang dada dan membuka minda untuk menyemak, menyelidik, berbincang dan mungkin juga berdebat mengenai terjemahan atau tafsiran sesuatu perkataan atau sesuatu ayat dalam sesuatu surah yang dipaparkan. Bagi setiap pembetulan atau kesimpulan baru yang jelas kebenarannya, Qurandiminda akan membuat pembaikan ke atas terjemahan atau tafsiran yang berkenaan.

Bagaimanapun jika anda tidak berminat dengan usaha di laman ini, anda boleh abaikan kami dan teruskan kehidupan anda seperti biasa. Tetapi bagi sesiapa yang mahu menyertainya – anda boleh mengemukakan apa saja – cuma, pastikan anda menggunakan pendekatan yang berhemah dan bersopan apabila memberi pendapat atau berbincang atau berhujah. Dan jika anda tidak tahu di mana semua aktiviti itu boleh kita lakukan, pastikan anda ke ruangan komen di bawah setiap terjemahan surah yang dipaparkan.

- PembacaQuran

7 Responses to “Makluman”


  1. Salam TM,

    Nak sarankan jangan terlalu laju sangat,kalau boleh biarlah kami yg baru ni proses satu2 surah sebelum melompat ke surah seterusnya.

    Mungkin boleh consider beberapa hari senggang waktu utk proses satu surah before next.

  2. syurgaminda Says:

    Sejahtera CBNS,

    Saya kurang bersetuju dengan anda. Saya berpendapat, memang wajar TM menerbitkan surah-surah yang telah diterjemah di sini meskipun kita masih membincangkan surah sebelumnya.

    Ini kerana setiap surah ada perkaitan ayat daripada surah yang lain. Kita akan mengalami kesukaran memahami sesuatu ayat atau perkataan jika memfokuskan kepada surah tersebut sedangkan di surah-surah lain ada penjelasan ayat yang berkait rapat dengan ayat-ayat dalam surah tersebut.

  3. Tolokminda Says:

    Salam Nia & SM,

    Saya pun ada kerja lain. Saya tidak cari makan dengan menulis blog. Dan kerja menterjemah bukanlah mudah kecuali kalau saya copy paste saja. Jadi sudah pasti ia akan mengambil masa sebelum saya mengemukakan surah-surah baru untuk dibincangkan. Sebagai permulaan saya kemukakan 2 surah sebab Surah 1 sangat pendek.

    Bagaimanapun dalam sesuatu perbincangan, kita boleh membawa mana-mana ayat dari surah yang berbeza jika ia diperlukan sebagai penguat atau bukti kepada hujah yang kita bentangkan. Pendek kata, dalam kita berusaha memahami surah semasa, kita juga akan berkesempatan untuk menyelongkar dan memahami surah-surah lain juga. Saya percaya jika kita tidak bosan melakukan ini dalam tempoh setahun Al-Quran pasti berakar teguh di minda kita.


  4. Ok SM,
    Saya cuba lah…bukan apa,bila melihat komen di topik lain timbul rasa ingin tahu kemudian turut sama mentelaah material yg berkait,sampai terlupa apa yg nak dibincang asalnya( ni kelemahan Cik Bunge lah nampaknya).


  5. Ok PembacaQuran,
    Insha Allah…saya cuba.

  6. syurgaminda Says:

    Sejahtera PQ,

    Ada something wrong dengan masa posting. Mungkin saudara kena check general setting-timezone.

  7. Ai Su La Says:

    di sini saya ingin berkongsi suatu metode pembelajaran tatabahasa Quran yang saya kita express dari negara jiran.. http://www.metodegranada.com/ .. saya masih mencari paket tersebut jika ada dijual di Malaysia tapi masih tidak menjumpainya.. kepada sesiapa yang tau leh la bagitau den.. nok beli.. mungkin ini lah yang dikatakan : Al-Quran mudah untuk dipelajari. Salam..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.